Friday, May 22, 2015

Akta Pendidikan 1996 (Akta 550)

Akta 550 juga dinamakan sebagai Akta Pendidikan 1996 yang bermula berkuatkuasa pada tarikh yang ditetapkan oleh Menteri pada tarikh yang ditetapkan oleh Menteridengan melalui pemberitahuan dalam Warta. Selain itu, Menteri tersebut juga bolehmenetapkan tarikh yang lain untuk peruntukan yang berlainan dalam Akta 550. DalamAkta 550 tercatat bahawa ilmu adalah penentu utama bagi arah tujuan Negara dan penyelemat untuk sebuah Negara. Tujuan pendidikan adalah memberi ilmu kepadamasyarakat Malaysia supaya menguasai kemahiran dan nilai ilmu untuk berdaya saingdengan Negara yang lebih pesat dari segi pembangunan sains dan teknologi. Pendidikanmempunyai kuasa yang boleh meningkatkan taraf Negara menjadi maju dan mancapaitaraf ekonomi yang tinggi serta rakyat Malaysia boleh menjadi lebih rohani, moral danetika.Dalam Akta Pendidikan 1996 (Akta 550) mengandungi System PendidikanKebangsaan yang terdiri daripada pendidikan prasekolah, pendidikan rendah, pendidikanmenengah, pendidikan lepas menengah dan pendidikan tinggi. Sekolah yang sepertisekolah ekspatriat tidak termasuk dalam Sistem Pendidikan Kebangsaan. Dalam SistemPendidikan Kebangsaan akan diasingkan kepada tiga kategori institusi pendidikan, iaituinstitusi pendidikan kerajaan, institusi pendidikan bantuan kerajaan dan institusi pendidikan swasta. Oleh itu, pra-sekolah yang terdapat di Malaysia juga terdiri daripadatiga jenis institusi pendidikan. Sebagai contoh, Tabika Perpaduan adalah institusi pendidikan bantuan kerajaan, Prasekolah yang terdapat di Sekolah Rendah adalahinstitusi pendidikan kerajaan dan institusi pendidikan swasta adalah dibuka oleh individuswasta.Dalam Akta Pendidikan 1996 (Akta 550), taska atau prasekolah yang bawahinstitusi pendidikan kerajaan dan bantuan kerajaan akan diberikan penyediaankemudahan dan perkhimatan. Menteri yang berkuatkuasa akan memberikan bantuankepada taska atau prasekolah tersebut. Menteri tersebut boleh menberika bantuankewangan seperti pemberian dermasiswa, makanan percuma untuk pagi dan tengah hari.Selain bantuan kewangan, Menteri juga boleh memberikan bantuan melalui penyediaan pengakutan, buku, perkhimatan perubatan dan pergigian kepada murid-murid taska atau prasekolah.Semua institusi pendidikan hendak didaftar bawah Akta Pendidikan 1996 (Akta550). Ini bermaksud semua taska dan prasekolah dari institusi pendidikan kerajaan, bantuan kerajaan dan swasta mesti didaftar bawah Akta ini. Ketua pendaftar hendak mengikutkan langkah-langkah yang ditetap untuk memohon pendaftaran. Pemilik taskaatau prasekolah yang sedang beroperasi tidak boleh mengadakan promsi dengan melaluiiklan dan prospectus. Seterusnya, pendaftaran oleh taska atau prasekolah akan dibatalkan.Sebagai contoh pertama, pendaftaran akan dibatalkan jika disiplin taska atau prasekolahtidak cukup dijaga. Kedua, taksa atau prasekolah melakukan kesilapan ataumemaklumkan pernyataan yang palsu. Ketiga, taska atau prasekolah yang didaftarkantidak ada pengerusi, pengerusi lembaga pengelola atau guru besar. Oleh itu, semua pengelola dan pekerja mesti didaftarkan termasuklah guru besar, guru penolong dansebagainya.Dalam perkembangan berkaitan, mutu program pendidikan di semua tadika juga dipertingkatkankerana Akta Pendidikan 1996 mensyaratkan semua tadikadiwajibkan menggunakan Garis Panduan Kurikulum Prasekolah yang dikeluarkan olehKementerian Pendidikan.


 

No comments:

Post a Comment