Akta 308 Taman Asuhan Kanak-kanak
Akta 308 Taman Asuhan kanak-kanak adalah suatu akta untuk mengadakan peruntukan bagi pendaftaran, pengawalan dan pemeriksaan taman asuhan kanak-kanak dan membekalkan maksud yang berkaitan dengan taman asuhan kanak-kanak. Aktatersebut adalah diwujudkan oleh Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dengan persetujuan daripada Dewan Negara dan Dewan Rakyat yang bersidang dalam Parlimen.disetujukan oleh Diraja pada tarikh 4 September dan tarikh untuk penyiaran dalam Wartaadalah 6 September 1984. Susunan Seksyen untuk akta ini terdapat enam bahagian, iaitudiasing dengan bahagian 1, bahagian 2, bahagian 3, bahagiab 3, bahagian 4, bahagian 5,dan bahagian 6.Dalam bahagian 1 adalah permulaan bagi Akta 308 taman asuhan kanak-kanak dan mempunyai 3 seksyen. Seksyen 1 adalah melibatkan tentang tajuk ringkas, permulaan kuat kuasa dan pemakaian. Pada bahagian ini, perkataan dalam Akta ini
mempunyai makna yang lain. Seperti berikut, perkataan “daftar” dal
am Akta ini bermaksud mana-mana pendaftaran yang perlu disimpan di bawah peruntukan Akta
tersebut; maksud “taman asuhan kanak
-
kanak’ adalah premis yang menerima masuk
dengan bayaran upah untuk menjaga sekurang-kurang empat orang atau lebih kanak-kanak yang
di bawah umur empat tahun; dan “taman asuhan kanak
-
kanak berdaftar”
adalah bermaksud mana-mana taman asuhan kanak-kanak yang telah didaftarkan bawahseksyen 7.Dalam Bahagian 2 adalah tentang pendaftaran taman asuhan kanak-kanak. Setiaptaman asuhan kanak-kanak mesti didaftarkan di bawah Akta 308 Taman Asuhan Kanak-kanak. Seterusnya, taman asuhan kanak-kanak yang didaftar terdapat dua jenis kategori,iaitu taman asuhan kanak-kanak yang menerima sekurang-kurangnya sepuluh kanak didalam rumah dan taman asuhan kanak-kanak yang berada di institusi menerima lebihsepuluh orang kanak-kanak. Selain itu, taman asuhan yang tidak berdaftar akandilarangkan oleh pihak berkuasa. Sebagai contoh, taman asuhan kanak-kanak yang tidak berdaftar bawah Akta tersebut tidak boleh memulakan pengurusan oleh taman asuhantersebut. Dalam bahagian pendaftaran, permohonan bagi pendaftaran berhubungandengan suatu taman asuhan kanak-kanak hendaklah dihantar kepada Ketua Pengarahdalam borang yang tertentu. Ketua Pengarah boleh menurut budi bicaranya yang mutlak pendaftarkan pemohon berhubungan dengan taman asuhan kanak-kanak yang tersebutdalam permohonan itu. Ketua Pengarah boleh menurut budi bicaranya yang mutlak mendaftarkan atau enggan mendaftarkan taman asuhan kanak-kanak. Taman asuhankanak-kanak yang hendak didaftar mesti mengikutkan terma dan syarat yang telahditentukan dalam Akta 308. Sebagai contoh, taman asuhan kanak-kanak perlumenjaminkan bahawa taman asuhan tersebut mempunyai kakitangan yang layak dengancukup, kelengkapan perlu cukup dan sesuai, bilangan kanak-kanak yang terima tidak lebih had, mematuhi struktur, pencegahan api, kesihatan, kebersihan serta keselamatan.
No comments:
Post a Comment