Thursday, May 28, 2015

Friday, May 22, 2015

Akta Pendidikan 1996 (Akta 550)

Akta 550 juga dinamakan sebagai Akta Pendidikan 1996 yang bermula berkuatkuasa pada tarikh yang ditetapkan oleh Menteri pada tarikh yang ditetapkan oleh Menteridengan melalui pemberitahuan dalam Warta. Selain itu, Menteri tersebut juga bolehmenetapkan tarikh yang lain untuk peruntukan yang berlainan dalam Akta 550. DalamAkta 550 tercatat bahawa ilmu adalah penentu utama bagi arah tujuan Negara dan penyelemat untuk sebuah Negara. Tujuan pendidikan adalah memberi ilmu kepadamasyarakat Malaysia supaya menguasai kemahiran dan nilai ilmu untuk berdaya saingdengan Negara yang lebih pesat dari segi pembangunan sains dan teknologi. Pendidikanmempunyai kuasa yang boleh meningkatkan taraf Negara menjadi maju dan mancapaitaraf ekonomi yang tinggi serta rakyat Malaysia boleh menjadi lebih rohani, moral danetika.Dalam Akta Pendidikan 1996 (Akta 550) mengandungi System PendidikanKebangsaan yang terdiri daripada pendidikan prasekolah, pendidikan rendah, pendidikanmenengah, pendidikan lepas menengah dan pendidikan tinggi. Sekolah yang sepertisekolah ekspatriat tidak termasuk dalam Sistem Pendidikan Kebangsaan. Dalam SistemPendidikan Kebangsaan akan diasingkan kepada tiga kategori institusi pendidikan, iaituinstitusi pendidikan kerajaan, institusi pendidikan bantuan kerajaan dan institusi pendidikan swasta. Oleh itu, pra-sekolah yang terdapat di Malaysia juga terdiri daripadatiga jenis institusi pendidikan. Sebagai contoh, Tabika Perpaduan adalah institusi pendidikan bantuan kerajaan, Prasekolah yang terdapat di Sekolah Rendah adalahinstitusi pendidikan kerajaan dan institusi pendidikan swasta adalah dibuka oleh individuswasta.Dalam Akta Pendidikan 1996 (Akta 550), taska atau prasekolah yang bawahinstitusi pendidikan kerajaan dan bantuan kerajaan akan diberikan penyediaankemudahan dan perkhimatan. Menteri yang berkuatkuasa akan memberikan bantuankepada taska atau prasekolah tersebut. Menteri tersebut boleh menberika bantuankewangan seperti pemberian dermasiswa, makanan percuma untuk pagi dan tengah hari.Selain bantuan kewangan, Menteri juga boleh memberikan bantuan melalui penyediaan pengakutan, buku, perkhimatan perubatan dan pergigian kepada murid-murid taska atau prasekolah.Semua institusi pendidikan hendak didaftar bawah Akta Pendidikan 1996 (Akta550). Ini bermaksud semua taska dan prasekolah dari institusi pendidikan kerajaan, bantuan kerajaan dan swasta mesti didaftar bawah Akta ini. Ketua pendaftar hendak mengikutkan langkah-langkah yang ditetap untuk memohon pendaftaran. Pemilik taskaatau prasekolah yang sedang beroperasi tidak boleh mengadakan promsi dengan melaluiiklan dan prospectus. Seterusnya, pendaftaran oleh taska atau prasekolah akan dibatalkan.Sebagai contoh pertama, pendaftaran akan dibatalkan jika disiplin taska atau prasekolahtidak cukup dijaga. Kedua, taksa atau prasekolah melakukan kesilapan ataumemaklumkan pernyataan yang palsu. Ketiga, taska atau prasekolah yang didaftarkantidak ada pengerusi, pengerusi lembaga pengelola atau guru besar. Oleh itu, semua pengelola dan pekerja mesti didaftarkan termasuklah guru besar, guru penolong dansebagainya.Dalam perkembangan berkaitan, mutu program pendidikan di semua tadika juga dipertingkatkankerana Akta Pendidikan 1996 mensyaratkan semua tadikadiwajibkan menggunakan Garis Panduan Kurikulum Prasekolah yang dikeluarkan olehKementerian Pendidikan.


 

AKTA ASUHAN KANAK-KANAK

Akta 308 Taman Asuhan Kanak-kanak
 
Akta 308 Taman Asuhan kanak-kanak adalah suatu akta untuk mengadakan peruntukan bagi pendaftaran, pengawalan dan pemeriksaan taman asuhan kanak-kanak dan membekalkan maksud yang berkaitan dengan taman asuhan kanak-kanak. Aktatersebut adalah diwujudkan oleh Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dengan persetujuan daripada Dewan Negara dan Dewan Rakyat yang bersidang dalam Parlimen.disetujukan oleh Diraja pada tarikh 4 September dan tarikh untuk penyiaran dalam Wartaadalah 6 September 1984. Susunan Seksyen untuk akta ini terdapat enam bahagian, iaitudiasing dengan bahagian 1, bahagian 2, bahagian 3, bahagiab 3, bahagian 4, bahagian 5,dan bahagian 6.Dalam bahagian 1 adalah permulaan bagi Akta 308 taman asuhan kanak-kanak dan mempunyai 3 seksyen. Seksyen 1 adalah melibatkan tentang tajuk ringkas, permulaan kuat kuasa dan pemakaian. Pada bahagian ini, perkataan dalam Akta ini
mempunyai makna yang lain. Seperti berikut, perkataan “daftar” dal
am Akta ini bermaksud mana-mana pendaftaran yang perlu disimpan di bawah peruntukan Akta
tersebut; maksud “taman asuhan kanak 
-
kanak’ adalah premis yang menerima masuk 
dengan bayaran upah untuk menjaga sekurang-kurang empat orang atau lebih kanak-kanak yang
di bawah umur empat tahun; dan “taman asuhan kanak 
-
kanak berdaftar”
adalah bermaksud mana-mana taman asuhan kanak-kanak yang telah didaftarkan bawahseksyen 7.Dalam Bahagian 2 adalah tentang pendaftaran taman asuhan kanak-kanak. Setiaptaman asuhan kanak-kanak mesti didaftarkan di bawah Akta 308 Taman Asuhan Kanak-kanak. Seterusnya, taman asuhan kanak-kanak yang didaftar terdapat dua jenis kategori,iaitu taman asuhan kanak-kanak yang menerima sekurang-kurangnya sepuluh kanak didalam rumah dan taman asuhan kanak-kanak yang berada di institusi menerima lebihsepuluh orang kanak-kanak. Selain itu, taman asuhan yang tidak berdaftar akandilarangkan oleh pihak berkuasa. Sebagai contoh, taman asuhan kanak-kanak yang tidak  berdaftar bawah Akta tersebut tidak boleh memulakan pengurusan oleh taman asuhantersebut. Dalam bahagian pendaftaran, permohonan bagi pendaftaran berhubungandengan suatu taman asuhan kanak-kanak hendaklah dihantar kepada Ketua Pengarahdalam borang yang tertentu. Ketua Pengarah boleh menurut budi bicaranya yang mutlak  pendaftarkan pemohon berhubungan dengan taman asuhan kanak-kanak yang tersebutdalam permohonan itu. Ketua Pengarah boleh menurut budi bicaranya yang mutlak mendaftarkan atau enggan mendaftarkan taman asuhan kanak-kanak. Taman asuhankanak-kanak yang hendak didaftar mesti mengikutkan terma dan syarat yang telahditentukan dalam Akta 308. Sebagai contoh, taman asuhan kanak-kanak perlumenjaminkan bahawa taman asuhan tersebut mempunyai kakitangan yang layak dengancukup, kelengkapan perlu cukup dan sesuai, bilangan kanak-kanak yang terima tidak lebih had, mematuhi struktur, pencegahan api, kesihatan, kebersihan serta keselamatan.

CONTOH TAKWIM BAGI PRASEKOLAH














 

Artikel

 




                                 

 Pada 9 Julai 2013 telah berlangsungnya sambutan Hari Potensi di Dewan Tan Sri Suffian Koroh  IPG Kampus Keningau. Program  ini adalah merupakan aktiviti tahunan Pusat Pendidikan Awal Kanak-Kanak  Prasekolah Bestari  dianjur oleh  Unit Prasekolah Jabatan Ilmu Pendidikan . Pada tahun ini sebanyak lima buah prasekolah telah mengambil bahagian iaitu Prasekolah S.K. Kampung Biah, S.K Menawo, SJK (C) Ching Ming, Tabika Perpaduan KRT Kg. Masjid dan Prasekolah Bestari IPG Kampus Keningau. Di antara acara yang telah dipertandingkan ialah deklamasi sajak, nyanyian solo, bercerita, mewarna dan juga  acara berkumpulan muzik dan gerakan.
Majlis juga diserikan dengan persembahan khas gerakan kreatif oleh guru –guru pelatih Opsyen Prasekolah Ambilan Januari 2013. Program ini dianjur adalah bertujuan untuk  mencungkil bakat, mempupuk kreativiti estatika, keyakinan diri dan kerjasama di kalangan kanak-kanak prasekolah di daerah Keningau. Majlis ini telah dirasmikan oleh  yang berusaha Puan Rujinah Miki Pengarah IPG Kampus Keningau dan seterusnya menyampaikan hadiah kepada pemenang. Pihak penganjur mengucapkan  ribuan terima kasih kepada semua pihak yang telah terlibat dalam menjayakan program ini.


                 

                                            

                                                    


AKTIVITI YANG SESUAI DENGAN KANAK-KANAK

Image result for diy yang sesuai dengan kanak-kanak

Aktiviti membuat menara
aktiviti ini sangat sesuai untuk perkembangan minda kanak-kanak


Image result for PERMAINAN yang sesuai dengan kanak-kanak pra sekolah  


Aktiviti bercerita 
aktiviti ini akan menambah keyakinan kanak-kanak untuk berkomunikasi dihadapan


Image result for PERMAINAN yang sesuai dengan kanak-kanak pra sekolah  

Aktiviti mewarna

aktiviti ini akan menjadikan kanak-kanak lebih kreatif





Tahap dan Jenis Permainan

Permainan boleh diketogerikan kepada 5 jenis permainan mengikut tahap umur kanak-kanak.
UMUR
JENIS PERMAINAN
HURAIAN
0 - 2 tahun
Permainan Solitari / Individu
Situasi dimana kanak-kanak bermain seorang diri.
Contoh:
0 - 6 bulan :
  • Memasukan barang ke mulut
  • Mencapai, mengutip dan mengenggam 
    mengunakan tangan.
  • Bermain sendiri mengunakan permainan seperti rattle.
        
6 - 12 bulan :
  • Melihat dan meniru.
  • Pergerakan mengulang seperti menepuk tangan, membuang permainan.
  • Suka permainan mudah peek –a- boo.
  • Meneroka permainan mengunakan tangan dan mulut.
12 - 18 bulan:
  • Mengetuk dua barang / objek dan mengenalpasti bunyi.
  • Mengulang perbuatan
  • Bermain dan bercakap seorang
     
18 – 2 tahun:
  • Belajar mencuba dan melakukan kesalahan
  • Meniru gaya permainan kanak-kanak lain atau  orang dewasa
  • Melihat kanak-kanak lain bermain tetapi tidak mengambil bahagian
  • Suka bermain dengan orang dewasa.
  • Suka permainan yang berulang seperti meletak dan mengeluarkan objek serta menselerakan.
2 – 2.5 Tahun
PermainanSpectator
  • Situasi dimana kanak-kanak menonton atau melihat kanak-kanak lain bermain.
2.5 – 3 Tahun
Permainan Selari
  • Situasi dimana kanak-kanak bemain bersebelahan atau dalam kumpulan yang sama dengan mengunakan permainan yang sama tetapi tidak berinteraksi antara satu sama lain.
      
3 – 4 Tahun
Permainan Asosiatif/ Perkongsian
Situasi kanak-kanak mula bermain bersama dengan mengembangkan kemahiran berinteraksi semasa bermain.
Contoh:
  • Mengenal pasti bentuk, huruf dan warna
  • Cuba menyelesaikan jigsaw puzzle yang mudah.
  • Bermain bersama kanak-kanak lain.’
  • Suka bertanya dan mendapatkan kepastian seperti kenapa dan bagaimana.
      
4 – 6 Tahun
Permainan Kerjasama
Situasi dimana kanak-kanak berinterksi, mengambil bahagian dalam permainan, berkongsi, berkerjasama, berunding dan membuat keputusan dalam pemilihan permainan.
Contoh:
  • Belajar menggunakan dan mempelajari penggunaan simbul dalam penulisan dan bacaan.
  • Menunjukkan kefahaman berdasarkan pengalaman yang dialami.
  • Faham arahan dan undang-undang mudah dalam permainan.
  • Menunjukan sikap kerjasama, menunggu giliran dan gembira dalam permainan.